Sunday, July 26, 2009

Perginya Seorang Insan

Perginya Seorang Insan

Tanggal 26 julai 2009 perginya seorang pengarah filem yang terkenal iaitu Yasmin Ahmad. Seorang yang cekal dan tabah menghadapi cabaran dalam menghasilkan karya filemnya. Walaupun sentiasa dikritik dan diperdebatkan namun Yasmin tetap dengan pendiriannya. Kehadiran Yasmin kedalam dunia perfileman telah memberikan citra baru kepada industri perfileman temapatan. Anak kelahiran Trea Muar Johor ini tidak pernah kenal putus asa sebaliknya dengan berani membentangkan filem-filem yang berunsurkan kemasyarakatan majmuk Malaysia dengan garapan yang penuh makna tersirat. Namun Yasmin terus membentangkan dan mencipta idea-idea tanpa memaksa masyrakat untuk menerimanya bulat-bulat. Terpulang kepada masyarakat bagaimana mereka menilai hasil karya dan mesej yang hendak disamapikan. Pada hakikatnya Yasmin mengajak masyarakat supaya merenung dan mendalami pelbagai maksud hasil daripada garapanya. Kini yang pemergian Yasmin Ahamd menjadi suatu kehilang yang besar dalam dunia perfileman.

Al-fatihah buat arwah Yasmin Ahmad yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya 11.25 malam sabtu lalu kerana serangan angin ahmar.

Saturday, July 25, 2009

Aktivit Semalam




Ahhh seronoknya dapat mendaki gunung ums semalam walaupun penat tapi best. Rugi sapa yang tak pergi. Semasa mendaki mcm-mcm gelagat ada. Aktiviti ini sebenarnya khas untuk mereka yg mengambil kursus pengenalan kepada sumber hutan. Ramai juga lah pelajar yg mengikutinya hampir 50 orang kesemuanya. Dah lama tak rasa penat mcm kemarin rasa mcm nak lagi heheheh… maklum lah sejak masuk Universiti ini aktiviti-aktiviti mcm ini jarang sekali disertai yang ada hanya bermain dota di bilik asrama tapi main dota pun best juga hahahaa… mcm-mcm jenis pokok yang telah kmi pelajari tapi yang lucunya pokok ni biasa namapk tapi nama dia pun tak tahu ada pokok Akasiah, Simpu, kandis, mempela, rotan dan mcm-mcm lagi. Tapi ada satu pokok tu nama dia pokok gelenggang nak tahu sebab apa dia pandai melenggang-lenggang hahahah…tak ada lah gurau saja sebabnya dia pandai melentur kebawah sebab tulah namanya mcm tu. Perjalanan hari tu bolehlah dikatakan mencabar tinggi juga Gunung ums tu. Sebelum sampai di puncak sempat juga lah mengambil gambar-gambar. Di pertengahan jln tu sempat menikmati pemandangan dari atas bukit melihat persekitaran bolehlah dikatakan cantik juga kelihatan laut biru yang luas. Perjalanan hari tu merngambil msa lebih kurang 2jam sebenarnya klu di ikutkan nak daki gunung ums tu tak lah lama sebab kita orang berhenti-henti sambil mempelajari sumber-sumber hutan. Seronok juga belajar pasal hutan-hutan ni. Tapi apa yang best bila sampai di puncak gunung huuu kelihatan pemandanganya sangat cantik walaupun panas tapi masih sempat menikmati pemandangan. Kemungkinan minggu depan kita orang keluar lagi dan mempelajari sumber-sumber hutan yang lain. Sapa yang tak pergi semalam minggu depan pergi lah seronok dapat jalan-jalan hahahha… see yah…

Tuesday, July 21, 2009

lagi-lagi buli

Terlalu banyak masalah yang dikaitkan dengan sekolah hari ini. Dari isu yang remeh temeh sehinggalah yang melibatkan ibu bapa dan nyawa pelajar. Apa yang dapat dilihat gejala buli semakin menjadi-jadi di sekolah. Perkara ini semakin membimbangkan khususnya para guru, pelajar-pelajar dan ibu bapa. Kejadian buli ini sering kali melibatkan sekolah-sekolah berasrama penuh. Hampir semua pelajar yang pernah belajar di sekolah berasrama penuh mengetahui wujudnya buli, walaupun hanya segelintir yang menjadi mangsa atau pembuli. Gejala buli ini sering kali dilakukan oleh pelajar-pelajar senior keatas pelajar junior. Contohnya di asrama, buli ini dilakukan adalah sebagai satu cara untuk menambahkan keyakinan hidup di asrama. Buli bolehlah dimaksudkan sebagai tingkah laku agresif di mana seorang pelajar atau satu kumpulan pelajar mengganggu seorang mangsa secara fizikal atau psikologi bagi satu jangka masa yang panjang.
Pada masa dahulu gejala buli ini tidaklah pada tahap yang membimbangkan ini kerana disekolah guru-guru dianggap sebagai individu yang mempunyai kuasa untuk menghukum pelajar-pelajar yang melanggar peratuaran sekolah. Dengan adanya kuasa seperti itu guru-guru dapat membentuk sahsia dan keperibadian pejalar. Ibu bapa juga akur dengan hukuman yang diberikan kepada anak mereka sekiranya anak mereka membuat kesalahan. Pada masa dahulu ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak mereka. Ibu bapa sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka untuk membentuk keperibadian anak mereka. Namun apa yang dapat kita lihat pada masa ini ibu bapa seolah-oleh mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak mereka, ada diantara ibu bapa marah apabila anak-anak mereka dihukum oleh guru-guru. Ini membuatkan pelajar-pelajar semakin angkuh dan bongkak mereka tidak takut lagi dengan hukuman-hukuman yang diberikan kepada mereka.
Apa yang kita dapat lihat hukuman merotan hanya boleh dilakukan oleh guru disiplin sahaja. Kuasa menghukum juga sangat terbatas di tambah pula dengan respon Kementerian Pelajaran Malaysia yang sering melebih-lebihkan pelajar dan ibu bapa berbanding dengan guru. Sepatutnya, kuasa guru dikembalikan semula dengan sokongan oleh pihak kementerian. Keadaan ini tidak akan ada penghujugnya selagi pihak kerajaan dan kementerian tidak melakukan sesuatu untuk membendung gejala buli ini. Kita tidak mahu gejala buli ini menjadi semakin teruk. Kita lihat sahaja insiden yang berlaku di Amerika Syarikat di mana tembakan rambang kerap berlaku di sekolah. Salah satunya insiden Columbian High School pada akhir 1990-an yang mana insiden ini telah membunuh 12 orang pelajar dan seorang guru.
Adalah penting untuk kita ingat bahawa buli, konflik verbal, sentuhan fizikal dan yang berhubung dengan tindakan agresif masih menjadi bentuk yang biasa dalam masyarakat. Di Malaysia orang yang paling menonjol kajiannya tentang buli ialah Prof Datin Dr Noran Fauziah Yaakub, dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Satu tinjauan telah dibuat oleh webPemuda menerusi “Poll” yang mana “Sikap Lepas Tangan Ibu Bapa” ” sebagai punca utama kejadian gejala samseng dan buli di sekolah. Dalam “Poll Survey” yang dilakukan 53.79 peratus telah memilih “Sikap Lepas Tangan Ibu Bapa” sebagai punca manakala hanya 11.87 peratus sahaja yang memilih “Pengaruh Media”. Pada jun 2005 satu kes buli yang melibatkan pelajar Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang, pelajar tersebut telah lumpuh ia dipercayai akibat dipijak belakangnya dengan kasut polis kadet serta dihentak badannya ke almari oleh pelajar tingkatan lima dan tiga. Ini merupakan kes serius yang dilaporkan dan membuka mata ramai pihak agar masalah ini perlu dipantau dan diatasi segera. Pada 15 mei 2009 satu buku panduan telah diterbitkan untuk menangani gejala buli ini. Ketua penulis buku berkenaan, Prof Datin Dr Noran Fauziah Yaakub berkata buku manual tersebut dihasilkan dengan kerjasama dan sokongan padu daripada pelbagai pihak. Di samping itu juga talian hot line juga telah diwujudkan di bawah kementerian pelajaran dan melihat bahawa gejala buli ini sangat serius.
Gejala buli ini telah membuka luas mata masyarakat agar ia dapat dibendung kita tidak mahu gejala buli ini merosakkan masa depan Negara kita kerana anak muda merupakan tunggak harapan Negara. Apa sahaja yang kita lakukan hari ini, baik sebagai guru, ibu, bapa, masyarakat, pemimpin, media dan sesiapa sahaja akan memberi impak yang besar bagi pembentukan generasi akan dating.